Mr CodeX Knowledge Is Power …

12Feb/120

Tua? berumur :)

nah.. baru lepas membedal kat kfc tadi.. now umur dh masok pun 28.. ok.. xleh nk ckp panjang2 sbb mata dh stim nak sleep.. lgpon esok hari yg panjang sbb nak hantor kete servis ngan nak usha kete2 baru yg ada.. haha! plan to to have one? maybe.. ok.. sleep first :p

20120212-004336.jpg

Filed under: my oh my No Comments
25Sep/110

pagi ahad yg sunyi sepi ni..

ahh.. camner plak aku boleh terbangun awal plak pagi ni.. biasa hari2 ahad cam ni aku bangun koll 10-11 ni..
nak kata sbb panas pun maybe la.. tatau naper dari semalam aku rasa panas jer..
cuaca agak berjerebu hari ni.. maybe sbb pembakaran terbuka kat indonesia lagi kot? agaknya la..
apa2 pun baru lepas panaskan kari ikan kat umah nieh.. jap gi kalo sempat nak pi beli roti canai japs..
pekena roti canai pagi2 ni ok gak kan? haha! tetengah ari sket nnt nak pi umah abg aris plak..
phew.. makan lagi you.. almaklumlah.. raya2 ni..
cam biasa la ayat aku.. "till da fingers meet da keyboard again!"

daa!~

Filed under: my oh my No Comments
23Aug/110

Puasa Puasa Raya

ahh.. diam tak diam dah masuk puasa ke 23 dah hari ni.. lusa dh start cuti.. boleh la keluar cari barang2 yang tak lengkap lagi.. tak boleh nak bercerita panjang2 sbb byk keje xsiap lg ni.. moga sempat menulis dilain kali :)

20110823-044232.jpg

Filed under: my oh my No Comments
18Mar/110

Ya Allah..

2011-03-17,

aku bangun nak pergi kerja macam biasa, lepas mandi terus capai baju then bawak 1 unit cpu nak bawak pi opis dan tak lupa juga rutin harian aku iaitu buang sampah =) selesai buang sampah tros shoot pi opis, otw naik nampak karen dengan cstan, sempat gak la bertegur sapa sekejap then sambung perjalanan naik ke opis sbb aku pun park kat b3 and naik lift tak sama sbb aku terus ke menara cooperate tower, bukak opis cam biasa then open desktop opis.. sempat gak la surf 3-4 benda before dapat call dari nazri (ayu) dia tanya sama ada bula dah kerja kat tempat aku ke belum sbb dah 2 hari deorang tak nampak bula, aku cakap la belom lagi sbb tunggu interview.. then dia kata ada budak lain cakap si bula ni accident (arab) then aku tanya dia sama ada betul ke cerita dia ni atau nak main2 pagi khamis ni, then dia kata bagi dia 5 minit sbb dia nak call bula dulu, aku pun ok lah..

tak sampai 5 minit nombor yg sama call aku tadi naik semula kat hp n82 aku ni, benda 1st aku dengar adalah "bula confrm accident, pendarahan dalaman, adik dia menangis2 bagitau aku tadi", gosh! keadaan jadi senyap utk beberapa saat.. aku macam tak percaya dengan apa yang jadi kat member baik aku sorang ni, 2 hari lepas masa malam nak pergi IKEA tu aku ada call dia ajak dia pi makan ABC tapi dia kata dia bz ngan nak buat kerja luar jap sbb nak cari duit.. aku pun ok lah.. gerak dengan wifey jer.. ok, berbalik pada cerita aku tadi.. tak ada tanya banyak2 terus aku kata "ok, kita nak gerak tgk dia koll baper?" . "pukul 3 ok jai?" jawap si ayu.. aku pun on kata koll 3 nak gerak..

hp n900 aku dicapai utk send bulk sms to all friendlist dalam hp tu, sempat gak la send kat 10-11 orang.. berdas-das panggilan masuk sejurus aku send sms, semua ingatkan aku nak main2.. come on guys.. kes berat kot ni.. takkan aku nak main2 aite? lepak punya lepak kerja pun dah siap, bebudak semua dah assign utk ke tempat masing2.. eddy pulak call katanya nak ekot.. "ok on!" jawap aku selamber.. tak sampai 10 minit si boy ganja pulak call.. "jai kete ada kosong? nak ekot tgk bula, koll baper? aku kerja mlm" . aku kire2 nampak cam cukup, slumber aku jawap "ok ngam, koll 3 gerak.. ko, aku, eddy, ayu dengan wife aku". ok now im ready to go.

tengah dok surf2 apa yang patut masok lagi panggilan si eddy ni, katanya tak leh gerak koll 3 sbb dah lewat sangat, aku cakap kat dia "ko call ayu deal dengan dia nak keluar awal sbb aku on jer koll baper pun" . "ok jai" jawap si eddy ringkas kali ni.. sms masuk "jai on, 1pm gerak, ayu kata ok" .. sekali lagi hp n82 dicapai confirmkan dengan aku, mmg ok gerak sekarang, tros off monitor office, capai kunci then tros gerak amek si ayu, then shoot tros ke rumah amek wife tros plak ke bawah flat amek si eddy dgn boy ganja.. go go go! off to HUKM.

tiba kat HUKM, park and tak banyak citer tros cari ICU tingkat 2, pada mulanya guard agak berkeberatan nak bagi masuk sbb dah lewat, tapi deal punya deal lepas gak la masuk 2 orang demi 2 orang.. boleh la dari tak ada.. aku dengan wife dipilih jadi orang 1st masuk oleh ayu and the gang.. thanks guys! ok now aku kena tabahkan hati walau apa pun aku nampak kat sini.. pusing2 nampak jugak nama Asboellah Amrin.. Subhanallah.. Allah sahaja yang tau perasaan hati aku masa tu.. bercampur baur.. dan yang pastinya air mata aku cover dari meleleh.. ya allah.. andai ini dugaan kau pada kami yang hidup ni.. aku terima ya allah.. aku tabahkan hatiku utk terima hari2 yang mendatang.. mata bula bengkak sebelah kiri, dada lebam, kedua-dua kaki berbalut, tempurung kepala ditebuk.. subhanallah.. aku tak sanggup tgk kawan baik aku dalam keadaan macam ni.. al-fatihah dan ayatul kursyi jadi hadiah aku utk kau bula kali ni..satu jer harapan aku agar kita boleh hang-out lagi sama2..

since masa pun tak lama lagi utk lawatan tetamu, aku ambil keputusan utk gerak dulu sbb kawan2 kat luar tu nak masuk jugak tgk bula.. 2 orang demi 2 orang masuk utk tgk sambil aku duduk kat luar tunggu.. suasana sunyi utk seketika lepas semua dah masuk.. masing2 tertanya2 apa yang jadi sebenarnya pada waktu kejadian.. nombor "asboellah dad" jadi panggilan aku seterusnya.. 5 ringing terus mak bula pickup.. dapat la cerita serba sedikit pasal si bula ni.. ok, thanks makcik.. saya simpan janji saya tadi ya =) langkah kaki terus menuju ke kereta.. masing2 tak banyak cakap waktu balik ni.. mungkin kepala dok ingat apa akan jadi kat kawan baik sorang ni.. tak ada lagi la "king of poker" lepas ni kat bawah flat.. we all miss u bro.. get well soon bro! i owe you kabsah chicken kat saba' and i promised =)

we miss ur laugh, we miss ur smile.. be strong bula.. we'll be with you =)

-ejai-

Filed under: my oh my No Comments
22Feb/110

Alhamdulillah…

Alhamdulillah...

Akhirnya ketenangan yang aku cari-cari selama ni dah pun aku jumpai...

aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana telah diberikan petunjuk dan hidayah dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini...

syukur syukur syukur... hanya itu yang termampu aku ucapkan padaMu Ya Allah...

Amin...

Filed under: my oh my No Comments
19Feb/110

Unifi

salam semua, dah hampir 7 bulan aku dok umah sendiri sekarang ni, alhamdulillah sikit2 beli barang then hias sikit2 cantik gak la umah aku skarang, dalam 7 bulan tu jugak la aku merana sbb tader internet connection (kalau ada pun pakai wifi orang.. haih!) agak sedih sbb tm tak nak bukak port streamyx kat sini sekarang ni, tapi ok gak sbb deorang dah pun siapkan prasarana unifi kat sini, the best part aku adalah orang pertama yang pakai unifi kat sini sekarang ni, phew! insyallah pemasangan akan dibuat pasa khamis akan datang ni, apa2 pun aku akan tetap update kat sini utk apa2 yang bakal berlaku pada hari khamis tu sendiri =), moga2 aku tak liat lagi nak mem blogging =)

Filed under: my oh my No Comments
17Jan/110

Oh 2011…

salam...

lebih kurang 3 minggu dah kat tahun 2011 ni, diam tak diam dah dekat nak abes dah pun bulan januari ni kan? alhamdulillah atas nikmat tuhan, melimpah ruah rezeki "dia" turunkan, pandai2lah kita cari yang baik dan ketepikan yang buruk2 tu kan, unifi pulak menunjukkan tanda2 baik setakat ni, dengan claim yang agak slow then dibuka pulak ICP system yang sememangnya laju tapi lembab dalam proses claim.. pergh! lagi bikin panas.. wahahahah!! apa2 pun kalau korang rasa2 nak subscribe unifi ni bleh la email2 ke aku faizal@thirtynetwork.com dan insyallah aku janjikan proses yang cepat dan efisyen (cheewaahh!) nampaknya tak banyak citer yang aku nak citerkan kat sini, hopefully aku akan lebih kerap mengupdate blog aku yang tak seberapa ni.. amin..

Filed under: my oh my No Comments
30Sep/100

Raya, Kerja dan Raya..

salam semuanya, nampaknya kita masih lagi dalam bulan syawal, boleh dikatakan banyak juga aktiviti raya2 ni pun, tiap2 minggu mmg penuh jer jemputan ke rumah2 terbuka, tak kire la kawan ke makcik2 ke pakcik2 ke, yang paling penting tak perlu nak masak2 kat umah sbb pergi jer rumah terbuka dah tentu2 kenyang, hari ni agak pelik jugak la pasal roundabout kat ss15 berdekatan dengan kolej Metropolitan tu sesak teruk! bayangkan aku terpaksa lajak ke depan then gunakan susur keluar ke federal highway then pusing balik ke atas "big u-turn" depan carefour then barulah aku ke kanan utk masuk semula ke ss15, fuh! dekat 5-6 minit la gak pusing2 nak cari jalan alternatif masuk ke opis pagi2 ni.. kenapa agaknya ya jem teruk tu? member2 sume mai lambat gak ke opis.. itu jer kot ngomel2 utk pagi ni, hopefully aku akan bertenaga lagi esok utk teruskan nukilan2 terbaik aku ni.. haha! adios!

-codex-

Filed under: my oh my No Comments
9Sep/100

Sesuatu yang baru

salam semua, diam tak diam esok kita dah nak beraya dan kali pertama jugak aku beraya dengan ahli keluarga baru, yer la sebelum ni dok beraya dengan family, sekarang ni dah ada 2 family jadi ni lah kali pertama aku beraya dengan keluarga sebelah wife aku, rasanya tak banyak yang berubah cuma kat sini makanan pagi raya lebih pada ketupat dimana sebelum ni aku dah biasa dengan lemang, yer lah.. arwah tok dah pergi meninggalkan kami semua Julai tahun lepas, diam tak diam dah lebih setahun kan.. al-fatihah.. masa arwah ada dulu kami selalu gak lepak2 kat blakang umah tok sambil tgk2 apa yang patut ditolong, yer lah.. dari lemang sampai ke rendang semua arwah yang selesaikan.. sekarang dia dah tak der lagi.. jadi anak2 cucu yang gantikan kerjanya 100%.. moga rohnya dicucuri rahmat =)

back to the story, kat sini ada ketupat, sambal sotong kering, ayam rendang, kari daging dan juga kuih muih, alhamdulillah kenyang makan tadi, time makan plak dengan makcik2 pakcik sebelah wife, agak segan gak la.. tapi lepas deorang dah balik aku repeat balik makan, haha! suasana? nothing really different sbb kat parents aku pun akan mai sini gak esok, so aku tak la rasa sangat ketiadaan deorang pasal berpisah pun 2-3 hari jer.. tapi tahun depan aku rasa ada orang akan merasa kehilangan yang agak lama pasal akan balik ke Kedah, so agak jauh gak la kan.. haha! ok lah.. tak banyak benda lagi boleh aku katakan sbb mata dah agak mamai, dah jam 11:30pm dah ni, esok nak bgn pagi nak mandi raya dengan pi solat raya.. huh! 2010.. syiok!

-codex-

Filed under: my oh my No Comments
27Aug/100

Janganlah Hilang…

uhh.. sambung tidow semula selepas solat subuh tadi, then terjaga plak koll 12:30.. gosh! im late for solat jumaat neh! oh yer.. baru 12:30 kan, lom lagi 1:30.. haha! tak per lah.. slow2 pi mandi sambil tgk wife dengan adik ipar dok buat kuih raya, ngam koll 1:10 aku keluar utk menunaikan solat jumaat, selesai solat tros ke tengah bandar beli lampu kete yang dah dekat 3-4 bulan tak tukar.. haha! bukan sbb tader duit tapi terlalu banyak kerja sampai nak singgah kat kedai lampu pun dah naik malas, agak lama gak la tukar mentol tadi sbb tak berapa nak pandai buat benda tu lagi.. haha! selesai jer tros siap2 utk gerak ke Dataran Pahlawan, tiket da ditempah utk citer repo man, tgk macam besh.. per lagi.. go go go! sebaik sampai dataran pahlawan tros aku mencari wallet! gosh! where's my wallet!? suasana jadi kelam kabut sekejap, tros call sana sini utk tanya wallet, mak mertua kat umah kata wallet mmg tader kat umah.. zzzzzzz.. lagi aku pening.. bolehkan tader plak kat umah.. haih! patah balik ke kedai lampu! takder! patah balik ke umah.. tup tup.. zzzz.. tau2 dah ada kat dalam kete.. haih! upernya tertinggal dalam kete arr sejak balik beli mentol tadi! haih! paper pun agaknya Dia nak ingatkan kita supaya solat dulu before kuar.. haih! selesai Asar baru la kuar balek jenjalan =) ahaks!

Apa2 pun hari yang agak meletihkan tapi mmg syiok arr hari ni.. cool and relax =)

-codex-

Filed under: my oh my No Comments